ape tu. okeh. sini aku explain. ultrabook merupakan sebuah portable computer yang mempunyai ciri ciri yang lebih moden, tipis dan ringan. Secara umumnya, ultrabook tak lah jauh berbeza dengan netbook tapi ada kemampuan yang sama dengan laptop.
Senang cerita, Ultrabook ini dalam kategori antara produk tablet dan laptop.Ultrabook sendiri merupakan sebuah produk / jenama yang didaftarkan atas nama pemproses chip ternama : Intel Corp sebagai salah strategi nak kuasai sekurang-kurangnya 40% pasaran notebook menjelang tahun 2012.
Idea penghasilan ultrabook ini dikatakan diinspirasikan daripada Apple MacBook Air yang mempunyai ciri ciri design yang menarik, ringan dan moden. Daripada sini, Intel Corp keluar dengan idea sebuah komputer yang ade ciri-ciri yang lebih kurang sama. tapi, o.s tetap menggunakan Windows.Antara syarikat komputer yang telah mengeluarkan kategori produk ultrabook ini ialah : Acer, HP, Samsung dan terbaru Toshiba.
Ciri-Ciri asas sebuah ultrabook ialah :-
- Memiliki ukuran skrin 13 inch.
- Memiliki ketebalan tidak lebih dari 18 mm.
- Memiliki berat maksimum sebanyak 1400 gram.
- Daya tahan bateri minimum selama 5 jam.
- Menggunakan procesor Sandy Bridge keluaran Intel.
ciri- ciri dah menarik, tapi.... kebanyakan harga ultrabook yang dijual adalah mahal bagi seorang student macam aku ni. RM3000 ke atas. ada juga syarikat yang mengeluarkan ultrabook dengan harga yang lebih murah, tapi ultrabook yang murah ni takde USB 3.0 atau penggunaan hardisk SSD yang berkapasiti rendah.
Jadi ultrabook generasi baru nanti dengarnya akan dilengkapi dengan fungsi touch screen dan fungsi pengenalan suara. huhuhu. tunggu dan lihat je lah nanti. sesiapa berminat, sila kumpul duit dari sekarang ye... ^^

No comments:
Post a Comment