Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, 26 May 2012

gud luck!!


selamat menuju kejayaan ye sahabat-sahabat sekalian. ;)

Wednesday, 23 May 2012

busy week



minggu ni minggu ke-13. Presentation menjadi-jadi sekarang.. -.-'

Wednesday, 2 May 2012

passion!

antara benda yang aku sangat enjoy bila buat.

1. MOVIE TIME!!!

okeh. ni adalah salah satu aktiviti wajib aku. setiap kali ade movie baru keluar je, dengan kadar segera aku akan pegi nak tengok. selalunye aku pegi area-area sini je la.the mines dengan alamanda je. dekat. hehehehe. tapi haritu THE AVANGERS punya pasal, kami beramai-ramai sanggup meredah highway pergi klcc. kental tak kental lah. nasib baik la sahabat-sahabat kesayangan ade jugak yang passion yang same dengan aku. =)

Ni  antara senarai wajib tengok aku.. huuu. 


dah-dah tu je. nak list semua memang panjang. ^^

2 BACKPACKING.

Backpacking merupakan low-cost, independent travel. Biasanya golongan backpackers ni guna beg yang senang nak bawak. gunakan transport awam dan lebih kepada tempat tidur yang murah. biasenye mengambil masa yang lama berbanding holiday biasa. Senang cerita, backpackers ni orang yang banyak masa nak travel tapi budget kecil dan sukakan cabaran. Yang ni aku baru je try buat. aku memang suke berjalan-jalan ni. Pergi holiday, planned activity. Tapi backpacking bagi aku satu pengalaman yang lain. aku baru try buat dan resultnye sangatlah awesome. 

macam ni la backpacking.

pengalaman kita dengan semua benda tak plan, dengan 1 beg je (terasa diriku bagai traveller sejati padahal baru dalam malaysia je), dengan taktau jalan nye. bagi aku semua tu 1 pengalaman yang menarik. tapi diingatkan kalau perempuan tu seeloknya jangan la backpacking sorang-sorang atas sebab keselamatan. sekurang-kurangnya ada lah seorang lelaki. janganlah semuanya perempuan kan. bahaya. akan datang ada masa memang nak buat lagi. dalam perancangan. tengah servey tempat nak p mane n cari masa je ni. cukup semua memang here i come lah!!!! hehehehe. moga-moga dipermudahkan. Amin...

3. MAKAN. 

Siape yang tak suka makan ni memang bukan rakyat malaysia lah kan. aku suke test-test makanan ni. latest ni aku try STEAKHOUSE KAMPUNG BARU tu. ape?? yelah yelah aku je baru pegi sini s0b3. ah tak kira nak story jugak.. steak dea memang sangat-sangat lah sedap. harga dia pada aku murah tau! dengan kesedapan yang macam tu memang harga yang ditawarkan memanglah berbaloi-baloi. ada masa singgah la kat sane. map?? ad0yai. aku f0llow je. hehehehehe. eh2, nah gambar google. tak sempat snap gambar sebab dah lapar sangat makan tak toleh kiri kanan takde kamera.

ni la steakhouse nye... ni siang, aku pergi malam.
ni pulak menunye.. see!! murah kan. 

okeh ni pulak air. gelas besar tuh. macam gelas a&w.
itu merupakan top 3 passion aku. antara benda yang paling aku suka dan seronok buat. bukan je bagi pengalaman kat aku, keseronokan pun sekali tau. hehehehe. ade mase nanti aku cerita lah yang lain pulak. ^^

Sunday, 29 April 2012

WORTH IT!



kepada kipas-susah-mati (die hard fans) superhero ni ataupun kaki wayang, sila dengan kadar yang segera ataupun secepat mungkin pergi serbu wayang tengok cerita ni. serius, sangat-sangat owesome. saya personally sanggup spend duit lagi untuk tengok cerita ini. =)

cerita ini mengisahkan..... eh takboleh. datang tengok sendiri la. kalau ada duit lebih tu tengok la 3d. heee.

Sunday, 15 April 2012

berakhir sudah.

alhamdulillah. pementasan teater bagi Pekan Teater Universiti telah berakhir dengan jayanya. Majlis penutupan telah berlangsung pada 30.03.2012.
berikut merupakan senarai pemenang utama bagi pementasan ini.

JUARA KESELURUHAN

TEMPAT PERTAMA : TEKAD (Kolej Burhanudin Helmi)
TEMPAT KEDUA : CITRA (Kolej Pendeta Zaaba)
TEMPAT KETIGA : PRASADA (Kolej Tun Hussein Onn)

memang tak dapat dinafikan bahawa ketiga-tiga kolej ni memang 'otai' dalam bidang teater ni. walaupun kolej rahim kajai tak menang kategori keseluruhan, tapi tak la pulang dengan tangan kosong.

senarai kategori yang dimenagi oleh KOLEJ RAHIM KAJAI.

PELAKON WANITA HARAPAN
Tempat pertama dan Tempat Ketiga

KUMPULAN HARAPAN
Tempat Kedua

TEKNIKAL TERBAIK
Tempat Pertama

nah gambar sepanjang pementasan teater kami.
khas buat juri-juri



stage manager (lakonan)
stage manager (teknikal)
setting
peah si orang gaji
cik dan peah
peah menyanyi
abang leman si posmen

jejaka
cik berangan
para penari
Add caption
flashback
flashback
Add caption
jejaka jatuh betul betul
menghayati sesangat
cuba memujuk cik
hehehehe
ahmad sonto bin mat laha 'sayang abang datang ni'
perjanjian


sekian... ^.^



























Sunday, 25 March 2012

KISAH CINTA HARI RABU.....

Sinopsis
Rozita yang telah lama menyimpan hasrat untuk mendirikan rumahtangga hampir tercapai apabila seorang jejaka tampan datang ke rumahnya pada suatu hari Rabu. namin panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari apabila jejaka yang didambakan membawa khabar yang lebih mengejutkan.
Adakah hari rabu bertuah yang ditunggu-tunggu Rozita bakal menjadi rialiti atau fantasi semata-mata?

jeng jeng jeng.... okay2. straight to the point. Nak promote sikit,  Layar Seni Anak Kajai (LASKA) iaitu kelab teater Kolej Rahim Kajai akan menyertai Pekan Teater UKM (PTU) di Panggung Seni. Giliran Kolej Rahim Kajai adalah pada 28.3.2012 iaitu pada hari Rabu (sesuai dengan tajuk gitu!!) pada jam 9 malam.

untuk pengetahuan semua, Kolej Rahim Kajai dah berapa lama tak menertai PTU ni. ni kiranya comeback la konon-kononnya. So ramai-ramai dijemput hadir datang ke Panggung Seni bagi memberi sokongan ye. =)