kali ni aku nak cerite siket pasal novel. novel ni sinonim dengan perempuan. asal novel je kaitkan dengan perempuan, asal perempuan je novel. tapi personally aku tak minat pun dengan novel. certain novel je aku baca. novel yang cinta-cinta bagai ni, meraung-raung name pelik-pelik lepastu kaya melampau-lampau ni aku tolak tepi. aku bosan la asyik dengan cerita macamtu.
JUSTERU!!!!!!
Ramlee Awang Murshid banyak menyelamatkan aku. hahahaha, antara penulis yang aku minat. cerita dia pada aku bes kot. tak jiwang-jiwang. pada aku dia style laaa... dalam banyak-banyak novel dia aku paling minat trio (apebende trio da masuk fifth series dah.) BAGAIKAN PUTERI. nah amek ni...
Sinopsis:
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
SIYES!!!
novel ni sangat2 best. tak rugi baca. cinta yang berlandaskan syariat Islam tau.

No comments:
Post a Comment