Sunday, 27 May 2012

SAMSUNG GALAXY S3

OHMAIIII.............

mengapakah samsung?? mengapakah????

belum habis keterujaan aku dengan galaxy nota samsung keluarkan s3 pulak. haih.

personally aku rase setiap fon ade kelebihan dan kekurangan masing-masing.

s3 dengan note pada aku takde lah beza sangat pun. kalau dari segi berat s3 lagi ringan la. size pulak for sure dia lgi kecik dari note. s3 (4.8 inch). dari segi memori, sd card kat s3 ni boleh masuk sampai 64gb. HAI, gile besar kan3.

dari segi kamera pulak sama je dia dengan note 8mp. tapi secondary camera dia kurang sikit. note 2mp, s3 pulak 1.9mp. ala beza sikit je kan3.

okeh kite cerita OS dia pulak. ni yang seronok ni. s3 dia guna ICS(ice cream sandwich). hooray!!! note plak gune gingerbread je sob3. tapi note boleh update jadi ICS. s3 ni dia takde stylus pen la macam note tu.

kalau dari segi battery plak dia guna  Li-Ion  lah macam kebanyakan smart fone lain yang guna. so aku rase pasal battery ni depends on our own usage la. kalau da asyik guna je for sure lah kan battery dia cepat kong.
so tepuk dada tanyalah nak fon apa. heee

Saturday, 26 May 2012

gud luck!!


selamat menuju kejayaan ye sahabat-sahabat sekalian. ;)

MAKAN TAK KENYANG TIDUR TAK LENA.



saya bukan peminat motor. saya bukan pecinta motor jugak. jauh sekali pemilik lesen B full. tapi kite rase kite dah jatuh sayang la kat abang ducati nih. smart nyeeer. walaupun tak mampu nak bawak (berat yang amat.). tapi tapi, haih. susa nak cakap. FIRST SIGHT LOVE. enaugh sayin'. macam biase nah gamba google (pakcik yang jaga tu tengok semacam je bile kite amek gamba. duduk pon tak bagi. kedekut.) 

manis kan beliau.
kenape la kacak sangat.
harga memang tak mampu milik. harap maklum.

Wednesday, 23 May 2012

Teman-teman saya



ahmad yusoff *ehem-ehem...
jobot dan ijat
anne
dayah dan sara


irwan
anati.

ticer
tiqah

que n shawal
ain




we went crazy together, laughing, sharing, keep supporting and respect each other. they will be here by my side. no matter what. favourite peoples to hang out with. we came from different backgrounds, different courses but still, we all can be closed together . friends, thanks for made my day. always. dear big family, i l0ve y0u all. ^^

busy week



minggu ni minggu ke-13. Presentation menjadi-jadi sekarang.. -.-'

Wednesday, 16 May 2012

selamat hari guru


selamat hari guru diucapkan kepada guru-guru sekaian. jasamu kukenang, budi mu ku bilang.
tiba-tiba teringat pulak masa zaman sekolah. zaman dimana guru kita panggil cikgu. zaman tu la aku nakal sesangat. minta maaf la cikgu.... kami sebagai murid-murid sememangnya nakal-nakal. apa-apa pun banyak pengorbanan yang dilakukan oleh guru kat kitorang. 

aku ingat lagi zaman aku form 5, ade sorang cikgu tu anti betul dengan kitorng. dengan geng-geng aku la. mase tu aku pun anti gak dengan dia. hehehehehehe. dah la dia guru kelas aku. dahla aja aku fizik pulak tu. memang rase nak skip je kelas dia. heee. tapi da abis sekolah baru aku sedar. baru aku insaf... kalau lah aku dengar kata dia. kalaulah... kalau lah... macam tu la.. banyak betul aku punya kalau.

zaman matrik plak. aku still panggil lecture aku cikgu. hehehehe. tak banyak kenangan2 yang aku boleh story time matrik sebab yelaaa, matrik sekejap sahaja kan.... tapi aku ingat sorang ustaz tu. dia garang gileee.. hahahahaha. dengan loghat dia. dengan misai dia. hehehehe. 

zaman u pulak aku tengah nak biasakan panggil lecturer tu lecturer. aku asek na panggil cekgu je. lagi la kalau docter ke prof ke memang kayu la lidah aku na menyebutnye.. hehehehehe

cikgu ke, lecturer ke, pensyarah ke, prof ke ape ke. semua buat tugas yang sama. mengajar dan menyampaikan ilmu. apapun gelaran mereka. aku nak cakap jugak.... SELAMAT HARI GURU SEMUA WARGA PENDIDIK!!!!!!!!! ^^


Monday, 14 May 2012

dessert

nyan nyan nyan nyan nyan. eh silap-silap. nyam nyam nyam nyam nyam nyam............................

siape tak suka sila main jauh-jauh...








aku memang sangat suka dengan dessert-dessert bagai ni. sedap w0oo. lagi-lagi yang ade cheese. iye saya peminat tegar cheese. sedap okeh! hahahaha. aku ni takde la sweet tooth sangat. tapi bila dah suka kan. bila kita suka dan perot tu rase nak makan je, minat nak try buat sendiri tuh memang membuak-buak. tapi tu lah dia. kemalasan melampaui batasannya. lagipun mana ade masa nak buat (alasan semata-mata). usaha tangga kejayaan ye dakk. akhir kata dessert memang sangat teramat lah sedap... em em, post pasal dessert ni tetiba lapar la pulak. heee.